Monday, May 18, 2009

Terima Kasih...

Alhamdulillah.. Hari ini genap 3 bulan aku berada di bumi anbia' ni. Nak kata lama, rasa mcm dah lama bebeno.. nak kata kejap, lama la jugak.. Dan ia merupakan satu penghijrahan yg besar dalam hidup aku yg tak pernah terjangkau di fikiran aku selama ini.
Pelbagai pengalaman yg best (nasi kambing), yg tak best (asik minum pepsi je!), yg positif dan negative yg telah aku tempuhi kat sini. Dan.. hidup sebatang kara di sini merupakan satu cabaran yg besar bagi diriku dan isteriku yg jauh nun di Mesia tu..sob..sob..
Terima kasih yg tak terhingga diucapkan kepada famili dan sahabat di tanahair, kepada rakan2 yg terdahulu, yg sama2 dan yg baru sampai di KSA ni, yg dah byk kali balik Mesia serta yg tak balik2 Mesia lagi di atas segala bentuk bantuan dan tunjuk ajar yg telah diberikan.
Semoga apa yg kita korbankan, rancangkan, dan impikan untuk hari ini, esok, lusa dan hari2 yg mendatang dipermudahkan, dilimpahkan, diberkati dan diredhai oleh Allah Subhanawataala.. InsyaAllah.. Amin ya Rabbalalamin..
Tapi..Mcm mana la Arsenal main ni.. takpe, season depan kita batman return.. bikin balik.. huhuhu..

Tuesday, May 5, 2009

Hati Panas

Minggu ni aku rasa macam nak jadi 'hijau' je pasal makina laptop aku ni boleh buat hal la pulak. Skype tak boleh pakai.. Reinstall pong tak ok gak. Nasib baik la pakar IT 'mosen gates' sajes aku suruh pakai ooVoo, dapat la aku meneruskan aktiviti wajib setiap hari aku iaitu berkomunikasi bersama famili yg jauh di Mesia tu.. huhuhu.. Rasanye ooVoo ni mcm ada best sket drpd skype kot..
2ndly, pasal blog ni.. Dah semenggu lebih, gambo tak boleh upload kat dalam blog. Apasal ntah.. Kejap boleh link, kejap kang tak boleh. Aku ni prefer letak gambo dari menaip, pasal pics tu kan tells everything. Yok2 oh je aku donlod gambo Lou Ferrigno tgh hijau dgn baju koyak rabak dia ( seluar dia tak koyak pulak!) nak dimasukkan dlm blog ni mengikut kesesuaian title Hati Panas tu, hampeh!..takde link.. hehehe..
3rdly, cite pasal bola beb.. Dgn adanya kemudahan 'parabola satelit receiver antenna futuristic globalisation swine flu vaccination' yg tersergam kat tembok rumah sewa aku ni, channel tv punye la banyak sehingga mencecah 932 channels!!! Fuhh.. banyak bukan??? Tapi..tapi..tapi, satu pon takde tunjuk pasal BPL or Champions League.. sob..sob.. Waaaaaaaaaaaaa!!! Kusut kepala otak aku! Arghh..! Apo ko bondo la hai tv arab ni...
Antara channel tv yg aku jumpa - lumba kuda, bundesliga, liga arab, liga Iraq, Barney nyanyi lagu arab, hotbird dan tah apa2 channel ntah...Aduyai.. Takpe, malam ni aku nak gi survey restoran2 arab yg ada screen yg tayang bola. Aku harap Arsenal will pay me a good favor. Kamon troops! Bila lagi nak rasa nyanyi lagu We are the champion! Ferguson cakap nak seri je. Ceh.. jgn caya la.. Aku rasa MU akan main long ball n counter attacking tactics LW n RW + provoke to kill the game. So, aku harap Arsenal will not loose their concerntration. Go Gunners!
Anyway, aku harap aku dpt solve those 3 cases dgn sapot dan pertolongan rakan2 semua, insyaAllah.. And mcm biasa.. Sabo je la..